Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Rabu, 26 September 2012

Tanda bersalin dh ada..Aku nak bersalin dah ke????????

Slm all, pg td sekitar jam 3pg aku gi toilet nak tekucil, biasa akhir2 nih aku mesti bgn 3,4 kali asik nak terkencing je. org kata mmg mcm ni sbb baby dah start ke bawah tekan pundi kencing. tp pg td aku nengok ada darah seakan wane mcm akhir2 period tuh kat pantyliner aku. risau gak. citer kat mak aku ngan kakak ipar diowang kata tuh mngkin dah turun tanda. pinggang aku ni lak dah mula rasa lenguh2. nak kata sakit x juga sbb sekejap je dia mcm menyucuk2. mcm senggugut tu. mak kata dia bru main2...kalau ikut pengalaman mak sulung dulu lambat lg nak besalin tp kene siap2lah. td kul 6pg masa kejut hubby bgn ada lg rasa nyeri kat pinggang ni. huh! camni ke rasa. xla sakit sangat pun. mngkin belum datang yg bebetul sakit lagi kot...skng dah pukul 11.30pg, terasa gak ni lg lenguh2 kat pinggang ni. adoiiiii jantung aku dah start dup dap dah ni. x sabar pun ada. kalu tul aku dah nak besalin, aku happy sanagt. maklum anak sulung sapa sabar kan?????? karang kul 2pm aku nak gi klinik wat rutin check up cam biasa...n aku nak bgtau misi tuh kang betulke darah yg turun kul 3pg td tanda na besalin. dia mesti tau...yelah misi kan???

dah pg checkup smlm, tp misi tuh cakap aku lum nak besalin lg sbb dia rasa kepala baby masih jauh lg. ertikata lain blum engaged. tp darah atau wane coklat yg kuar tuh apa eh??? cnfius?? hu3 kan aku dh cakap jgn goda aku!!! hikhik...

Dlm duk menanti dan dupdapdupdap ni aku smpa lg wa research kt tenet tanda2 yg sebetulnya apbila kita dah hampir nak bersalin....tanda2nya ialah apabila:


Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun ‘turun’ ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
  • sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan. ~blum rasa lagi setakat ni. cuna perut ni je asik mengeras x kurang2.
  • kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing ~mmgla sangat2 kerap. satu mlm tuh sampai 4,5 kali aku bgn terkucil. aku strt rasa ni sejak kandungan aku masuk 32 minggu ari tu.
  • sakit perut, memulas ~ memulas tuh xlah tp mmh tiap2 ari terasa sakit perut nak berak.
  • kerap buang air besar ~sehari mmg 2 kali aku akan membuang. selalu sebelum nih 2 hari sekali baru buang. hu3
  • kerap terkentut  ~ he3 cik abg pun dah tegur hisyhh buruknye perangai. nak wat camne b, anak abg dalam perut ni yg buang angin. hik hik..
Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir ~tanda yg ni aku lum kuar lg.
  • Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis. 
  • Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.
Sakit belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
  • Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
  • Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
  • Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring. 
~lenguh pinggang nih masih lg sesekali terasa. maybe dalam 2 , 3 minggu lg aku dah boleh besalin. hisyhhh x sabar rasanya. asik belek je baju2 n katil baby ni. bila la anak mama n babah nak kuar ni!

Pecah air ketuban
  • Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital. 
Pintu pangkal rahim terbuka dan menipis
  • Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.
Kontraksi yang tetap dan berterusan
  • Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda. Buat jadual.
Bila Perlu ke Hospital?
Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila: 
kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. )
  • keluar air ketuban.
  • pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
  • keluar darah dari vagina.
Semoga jd panduan berguna juga utk para momies yg dah dekat nak melahirkan. semoga segalanya dipermudahkan Allah. Amin...

2 ulasan:

  1. salam,thanks for info..sgt2 bguna..oh ya date khwin kte same lh.. :-) nie bru 1st baby due 21/9/13 nie..huhu

    BalasPadam
  2. tanda tanda ni bagus, kekadang kalau tak bersedia boleh jadi lain pulak

    BalasPadam