Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Selasa, 16 Oktober 2012

Pengalaman bersalin Zariqh Ikhwan. Permata hati mama dan babah

Alhamdulillah syukur pdamu ya Allah, aku dah selamat melahirkan anak pertamaku. syukur aku x rasa susah melahirkannya cuma sakit ttp kurasa spt para ibu yg lain. org kata melahirkan anak sulung amik masa yg lama tp alhamdulillah Allah permudahkan kelahiranku. mmg mujarab dan sangat2 berkesan zikir serta doa yg ku amalkan.
                   لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى‏ كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ


“Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang lalim.”[1]
Allah swt di dalam al-Qur’an berfirman: “Maka Kami telah memperkenankan doanya dan menyelamatkannya daripada kedukaan. Dan demikianlah Kami selamatkan orang-orang yang beriman.”[2]

baca apabila dah mulai turun tanda dan dah rasa sakit nak bersalin. skng ni aku nak citer camana dr start aku rasa nak besalinkan Zariqh.
mcam biasa lepas tolng mak masak, aku masuk bilik surf internet cari petua2 n baca pengalaman2 mommies yg dah bersalin. sebelum tuh nak bgtau aku kuat lgi kopek buah kelapa 2 biji utk masak gulai. he3.....huh! terer x aku??? ahaks. mngkin ni jgk faktor penyebab aku bersalin awal dan proses besalin jd cepat kot. aku mmg kuat lg dan masih x nak duk diam walaupun perut aku mmg dah x larat nak bawak. maklum dah cukup 9 bulan. bayangkan je lah camana perut aku. tp aku x nak pikir aku x larat nnanti mmg jd x larat akhirnya. ramai org kata aku kuat! hu3...
then dalam kul 3.45 pm aku baring atas katil, tetiba aku rasa macam aku terkencing tp x rasa nak kencing pun tp meluncur je air kuar. aku panik n sempat lg menung pikir air apa nih ek? xde bau langsung. akuu lek lg sambil menung. pastuh kuar lg laju je! masa tuh aku dah pikir aku dah turun tanda ke ni?? pg bilik mak, mak tgh semayang aku unggu. hbis je mak semayang aku tanya, mak kata haaaa siap2lah ko dah nak besalin lah tuh! Ya Allah dalam debar aku rasa seronok sangat sbb x sbar nak nengok bayi yg aku kandung selama ni. pas tuh turun lg air tuh tp kali ni dah x banyak, skit2 dan x leh nak tahan2. 4 helai kain batik aku basah dek air nih. mak kata aku kembar air. mak suh cll bgtau suami aku. aku pun cll dia dan bgtau jgn OT ptng ni sbb aku dah ada tanda. yg kelaka dia leh tanya pastuh nak buat apa nni? ha3..aku cakap keje je dulu tp kul 5 kang balik.
kul 5.20 suami akuu sampai umah. masuk je bilik terus tanya aku napa? nak ph spital x? aku kata baik kita pegi skng wlaupun aku sakit lg. sbb aku penah baca kalau dah kuar air laju je kena cecepat pg spital takut bayi lemas dalam perut. tp masalahnya aku xleh nak bgn...bgn bediri je air syyoorrr je kuar. camana ni? laki aku suh pakai pad..aku pun pakai double pad n suar. mak pun dah suh pg spital cepat. ujan punya lah lebat kat luar. dalam hujan lebat aku redah gak masuk keta. abg aku no 2 tolong drive sebb kang laki aku nak pimpin aku kt spital, dia leh terus cari parking.
dlm pejalan awal tuh aku x sakit langsung tp start benti tuang minyak keta kat mantin aku dah rasa lain macam kat pinggang. memula sikit je pastuh hilang then makin kerap lak...masuk kat bukit mantin nak sampai seremban tuh aku dah tak tahan sakit dah. owh camni rupanya sakit nak besalin. mcm senggugut pun ada gak tp lagi sakit!!!! aku dah rasa setiap 5 min. tp aku tahan sakit kot. laki aku kata aku lek je. dalam hati dia x tau! ha3.
sampai spital kami terus nnaik tingkat 1 bilik screening room. bilek check bukaan. nah kau! dah terbuka 5cm!!!terus doktor suh hntar aku masuk labor room. x sempat nak jumpa laki aku. harap2 dia redha dan maafkan semua kesalahan aku. tetiba sayu hati aku kalau lah jd apa2 pd aku tdlaaaa saat terakhir kami! isyhhh sampai situ aku pikir. 
kt labor room diowang nurse sibuk pakaikan aku mcm2. sorang cucuk masuk air kat tangan sorang pasang apa benda ntah kat perut. katanya nak cek kontraksi. aku cemas gak. pas tuh diowang tinggalkan aku kat atas katil tuh. dngr org sebelah tgh push2. hu3....nebes campur seram aku rasa. jap lagi mesti aku pulak.
xlama pastuh dokto dtng cek bukaan aku...dia terkejut sebb x sampai 20 min aku dah terbukak 8cm patutla aku sakit macam nak tarik2 rambut aku sampai putus! punyalah sakit.
dokto bgtau aku kalau rasa nak meneran atau nak terberak bgtau dia. aku pelik rasa nak teberak?? bia betul....aku nak beranak bukan nak berak. tap x lama pastu mmg aku rasa nak terberak pun. dokto datng cek lg...dia kata dah full terbukak dan palaing aku xleh lupa dokto ckp dah rasa kepala baby! hah!!!!!aku happy campur takut. bilik tuh aircond tp peluh aku punyalah banyak.
x sampai seminit aku rasa nak meneran lg....dokto 2 org kat aku. sorang tuh dokto org sabah kot...baik sangat, sorang lg staf nurs kot. dokto suh teran. sekali teran kepala dah kuar skit, aku x daya...dokto seh teran lagi jgn tarik napas, mampus cane aku ank buat. Ya Allah....sakit tp dalm kepala aku aku nak nengok anank aku. kali kedua dgn segala kudrat yg ada aku teran sampai aku rasa tegang sangat kat kepala aku. alhamdulillah aku dngr tangisan dia....dan terasa meluncur dia kuar. lega sesangat...hilang kesakitan yg kurasa bila dokto letak anak atas dada n suh aku cium dia.....syukur!!! perasaan masa tuh x tau nak ckapa camna. besar juga anak aku. 3.3kg. aku sebak sangat! sempat gak aku dngar dokto cakap sennag dia besalin anank sulung....skejap je. harap2 kandunganku selepas ni juga dipermudahkan allah. chewaaaah baru je kuar dah berangan nak ngandung lg. hekesimpulannya aku turun air kul 3.45pm, mula rasa sakit kul 6.30pm....n masuk Lbor Room kul 8pm....aku selamat melahirkan kul 9.19pm bersamaan 10/10/2012. Alhamdulillah.




inilah permata hatiku dan suami. suami aku beri nama Zariqh Ikhwan.
Gambar Zariqh umur sehari.

Khamis, 4 Oktober 2012

Cara sebetulnya nak kira tarikh due (EDD)

aku pun cnfius gak camana diorang (klinik2) kira tarikh due. kalau pakai ulrasound (scan) msti x sama ngan tarikh yg misi bg. so aku pun wat revision sndiri kt mr googgle. nih yg aku jumpa. moga jd panduan gak uk para mommies ka luar sna yg cnfius cm aku gak :P
nih contoh tau:-

Bagaimana caranya nak mengira EDD, boleh tunjuk ajar pada saya tak..? Last period (1st day) 29/10/2008...kindly let me know...Tq.
Eppie, Kira hari kemudian kira bulan. Untuk kira hari: 29 + 7 = 6 haribulan (kira macam ni 30,1,2,3,4,5,6). Untuk kira bulan: Oktober + 9 bulan = bulan 7 (July 2009). Jadi, EDD anda ialah 6 July 2009.



korang faham x??  dia camni...amik tarikh 1st last period korang sblum preggy. campur ngan 7 (sbb dalam seminggu ada tujuh hari) so akan dapat tarikh hari EDD korang. then utk dapat bulan EDD korang pulak, amik bulan last period korang then campur ngan 9 (sbb kita ngandung 9 bulan).
cntoh lain:-    tarikh last period 20/05/08
utk tarikh:      tarikh 20+7=27
utk bulan:       5+9=bulan Februari 2009
 so bayi anda akan lahir pd 27 Februari 2009

aku try kira utk aku lak...tarikh last period aku 26/01/12,
tarikh : 26 + 7 = 2hbln ( dah lebih dr tarikh 30 so maknanya dah masuk bulan sterusnya iaitu februari)
bulan : feb + 9 =november! 
so baby aku akan lahir pd 02 november 2012
pd all mommies yg masih cnfius slamat mnecuba dn mengira ya!!!

Isnin, 1 Oktober 2012

Kari sotong


Utk 10 orang makan
Sotong 1kg - dibersihkan dan dipotong ikut kesukaan
*5 ulas bawang merah
*3 ulas bawang puih
*sikit hirisan halia
2 bungkus rempah kari daging/ayam (baba's @ adabi)
2 biji kelapa diperah santannya.
kentang 5 biji - potong 4

tumis bhn yg bertanda * , dah kuning, masukkan rempah, bila dah pecah minyak masukkan sotong yg dah digaul dgn serbuk kunyit.
masukkan kenang dan biarkan kentang empuk.
siap dihidang...