Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Jumaat, 28 September 2012

Dulu kurus skrang dah gumuk!!!!! uwaaaaaaa



Ni aku post gambar2 aku masa aku kecik skit..he3. tp kejap je kecik pastuh dah happy gumuk balik. cheh! aku nekad pas besalin nanti aku nak kurus balik!! semangat2 !!





Ayahbonda tercinta n hero dalam keluarga besar aku

Nilah ayahbonda dan hero2 dalam keluarga aku...cuma abg yg sulong je xde dalam gambo sbb dia mmg jarang begambo!


                                                                     Ayahbonda tercinta
                Zahirruddin (abg no 3), asyraf (anak buah), Khairulizuwan (adik no6) n Zamri (abg no 2)
                                    Khairul Anuar (adik paling bongsu dan paling bosar) hahahhhahaaa
Zairulnizam ( abg no 4)


Dan yg ini, suamiku yg tercinta............Love u syg!!!! mmmmmmmmmmuuuuuuahh

Rabu, 26 September 2012

Tanda bersalin dh ada..Aku nak bersalin dah ke????????

Slm all, pg td sekitar jam 3pg aku gi toilet nak tekucil, biasa akhir2 nih aku mesti bgn 3,4 kali asik nak terkencing je. org kata mmg mcm ni sbb baby dah start ke bawah tekan pundi kencing. tp pg td aku nengok ada darah seakan wane mcm akhir2 period tuh kat pantyliner aku. risau gak. citer kat mak aku ngan kakak ipar diowang kata tuh mngkin dah turun tanda. pinggang aku ni lak dah mula rasa lenguh2. nak kata sakit x juga sbb sekejap je dia mcm menyucuk2. mcm senggugut tu. mak kata dia bru main2...kalau ikut pengalaman mak sulung dulu lambat lg nak besalin tp kene siap2lah. td kul 6pg masa kejut hubby bgn ada lg rasa nyeri kat pinggang ni. huh! camni ke rasa. xla sakit sangat pun. mngkin belum datang yg bebetul sakit lagi kot...skng dah pukul 11.30pg, terasa gak ni lg lenguh2 kat pinggang ni. adoiiiii jantung aku dah start dup dap dah ni. x sabar pun ada. kalu tul aku dah nak besalin, aku happy sanagt. maklum anak sulung sapa sabar kan?????? karang kul 2pm aku nak gi klinik wat rutin check up cam biasa...n aku nak bgtau misi tuh kang betulke darah yg turun kul 3pg td tanda na besalin. dia mesti tau...yelah misi kan???

dah pg checkup smlm, tp misi tuh cakap aku lum nak besalin lg sbb dia rasa kepala baby masih jauh lg. ertikata lain blum engaged. tp darah atau wane coklat yg kuar tuh apa eh??? cnfius?? hu3 kan aku dh cakap jgn goda aku!!! hikhik...

Dlm duk menanti dan dupdapdupdap ni aku smpa lg wa research kt tenet tanda2 yg sebetulnya apbila kita dah hampir nak bersalin....tanda2nya ialah apabila:


Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun ‘turun’ ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
  • sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan. ~blum rasa lagi setakat ni. cuna perut ni je asik mengeras x kurang2.
  • kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing ~mmgla sangat2 kerap. satu mlm tuh sampai 4,5 kali aku bgn terkucil. aku strt rasa ni sejak kandungan aku masuk 32 minggu ari tu.
  • sakit perut, memulas ~ memulas tuh xlah tp mmh tiap2 ari terasa sakit perut nak berak.
  • kerap buang air besar ~sehari mmg 2 kali aku akan membuang. selalu sebelum nih 2 hari sekali baru buang. hu3
  • kerap terkentut  ~ he3 cik abg pun dah tegur hisyhh buruknye perangai. nak wat camne b, anak abg dalam perut ni yg buang angin. hik hik..
Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir ~tanda yg ni aku lum kuar lg.
  • Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis. 
  • Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.
Sakit belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
  • Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
  • Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
  • Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring. 
~lenguh pinggang nih masih lg sesekali terasa. maybe dalam 2 , 3 minggu lg aku dah boleh besalin. hisyhhh x sabar rasanya. asik belek je baju2 n katil baby ni. bila la anak mama n babah nak kuar ni!

Pecah air ketuban
  • Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital. 
Pintu pangkal rahim terbuka dan menipis
  • Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.
Kontraksi yang tetap dan berterusan
  • Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda. Buat jadual.
Bila Perlu ke Hospital?
Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila: 
kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. )
  • keluar air ketuban.
  • pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
  • keluar darah dari vagina.
Semoga jd panduan berguna juga utk para momies yg dah dekat nak melahirkan. semoga segalanya dipermudahkan Allah. Amin...

Isnin, 24 September 2012

Set Bersalin utk aku berpantang..

Sblm aku beli set bersalin aku wat survey dulu dr internet dan minta pandangan dr kakak2 iparku. bukan kebanyakan tp semua diowang ckp kalau beli satu set mesti xkkan habis pakai punya. membazir le cenggitu. dahlah set bersalin ni bukannya ada yg murah. semua ratus2. hu3 so aku wat keputusan beli campur2. kt bwah ni yg aku dah beli tuk proses bepantang nanti. tp kira2 campur semua jd beratus jugak. ha3! x kisahlah janji aku kena kurus pas besalin nanti. hadiah tuk cik abg aku. mesti dia happy kalau bini dia dpt balik badan mcm masa aku blajar dulu. ..

yg soy collagen tuh tuk baby dalam perut. aku baca testimonial dia leh wat baby gebu dan kulit cantik bila lahir nanti. wallahualam....kita tunggu nanti camana agaknya wajah kesayangan aku nanti. yg penting anak aku nanti sihat sempurna. amin ya rabbal alamin......

Petua memudahkan bersalin

Dah dekat2 nak bersalin nih tangan nih pun laju je mengu'google' cari petua yg boleh diguna pakai utk melancarkan poses melahirkan nanti. almaklumlah anak sulung. gerun gak dngr cite2 org ni..hu3. ada petua best yg aku jumpa. rasa2 belakang umah  aku teepi sungai tuh ada kot pokok ni....kang nak ajak cik abg pg cari jap. harap2 dia nak carikkan tuk aku.

Keladi Kemoyang Mudahkan Bersalin

 
"Pengambilan rebusan pokok keladi kemoyang ini biasanya dilakukan beberapa minggu dari tarikh jangkaan bersalin.

"Air rebusan ini boleh membantu proses kelahiran bayi malah kadang-kadang ibu-ibu tidak perlu terlalu meneran ketika bersalin,'' kata Tajuddin.



Langkah-langkah yang perlu bakal ibu lakukan ialah;

1. Ambil seluruh pokok keladi kemoyang. Iaitu termasuk daun dan akarnya sekali.

2. Bersihkan ia terlebih dahulu.


3. Kemudian rebus pokok keladi kemoyang tadi sampai mendidih.


4. Amalkan meminum air rebusan ini setiap hari. Iaitu bermula daripada beberapa minggu sebelum tarikh bersalin.

Nanti aku akan update berkesan ke x utk aku. he3.......aku lum jumpa pokok ni....hadoiiiii kat ne nak carik nih??!!!!!!


Jumaat, 21 September 2012

Persiapan barangan permata sulungku..

 Belum pun kluar dr perut mama baju dah berpasang2!! he3

Punyalah xcited aku dan hubby tiapkali pg beli brg2 baby mesti terselit 3,4 pasang baju utk baby. mau x banyak. org kata anak 1st @ sulung jgn beli banyak2 tp nak wat camana dah terbeli :)))..gambar kt atas tuh baru sebahagian. he3.....

Selami Hati di situ kau tahu siapa kau dihatiku


Mohd Adam Bin Mahidin....
pemilik nama ini merupakan kesayanganku, temanku dikala suka dan duka, penghibur hatiku dikala lara dan tempatku bermanja dan menumpang kasih. Demi Tuhan Ya Allah aku terlalu mengasihinya. andai dia jatuh sakit diriku turut lemah mengenang dirinya. andai dia ceria dan gembira aku turut bahagia memerhatikannya. Jgn Kau pisahkan dia drku Ya Allah. Apa jua hartaku di dunia, aku rela ia tiada asalkan kedua harta permata hatiku ada didepan mataku........

Menghitung hari kelahiran putera sulungku..

                  Gambar yg kutatap setiap detik, setiap hari sampai tidur pun aku peluk gambar ni! he3


Dlm hati ini hanya Allah yg tahu betapa aku x sabar menanti kehadiran cahayamata sulung aku dan suami tercinta. setiap hari aku mengharapkan akan berlaku constraction utk aku melahirkan tp belum ada apa2 tanda kecuali tidurku yg sudah x seselesa dulu dan pinggangku yg rasa bagai nak terpisah dr badan. namun aku bahagia lalui semua ni. demi anakku sayang mama sanggup lalui apa jua kesakitan. tanda cinta mama kepada babahmu..